top of page
NOVEL MR. ALPHA MALE

NOVEL MR. ALPHA MALE

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tristin Hazel yang mempunyai sepasang mata yang berwarna hazel yang cantik. Dia telahpun bertunang dengan Iwan namun kesetiaannya dikhianati apabila Iwan menjalin hubungan cinta dengan sepupunya sendiri Safura. Hazel bertemu dengan Hilman yang menjadi pensyarahnya. Pertemuan demi pertemuan mereka sangat menghiburkan. Tambah mengejutkan apabila Hilman merupakan jiran kepada Hazel di kampungnya.

Satu peristiwa hitam telah berlaku dalam hidup Hazel. Dia menjadi trauma. Iwan menjadikan alasan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang telah dinodai untuk memutuskan pertunangan mereka dan akhirnya berkahwin dengan Safura. Hazel melalui kegetiran hidupnya dengan berusaha untuk kuat. Setiap kali dalam kesulitan, Hilman sentiasa ada untuk membantunya. Hilman akhirnya menjadikan Hazel sebagai isteri walaupun dia tahu apa yang berlaku kepada gadis tersebut kerana pada malam itu....dialah orang yang telah menyelamatkan Hazel daripada mangsa kerakusan nafsu serakah lelaki misteri yang menodai Hazel (Saya dah mula membuat andaian bahawa lelaki itu sebenarnya Hilman he he).

Banyak peristiwa yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan terhadap keselamatan Hazel. Dia tidak pernah putus daripada pemerhatian lelaki misteri tersebut malahan kesemua lelaki yang pernah menyentuhnya akan dicederakan kecuali Hilman. Oleh itu, pelbagai startegi telah dibuat untuk menangkap lelaki tersebut namun gagal sehinggalah Hazel menjalani latihan pratikalnya di sebuah syarikat. Akhirnya terbongkarlah identiti lelaki mental yang selalu menganggu hidup Hazel. Dia adalah peminat Hazel yang tidak boleh menerima kehilangan Hazel.

    RM 30.00 Regular Price
    RM 27.00Sale Price
    Quantity
    Product Page: Stores_Product_Widget

    01139723699

    ©2023 by The Story Keeper. Proudly created with Wix.com

    bottom of page